Tuesday, February 2, 2010

Avatar Catat Kutipan AS$1.85 Billion, Rekod Tertinggi Sepanjang Masa


Ingat lagi tidak pada 8/1/2010, pihak apesaje ada menerbitkan artikel yang mengatakan Filem Avatar berjaya mencatatkan kutipan AS$ 1.15 Billion untuk merampas tempat kedua kutipan tertinggi sepanjang masa daripada filem Dark Knight.

Isnin baru-baru ini , tidak sampai satu bulan pun, Avatar telah berjaya mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak AS$ 1.85 Billion, sekaligus memintas filem Titanic yang sebelum ini gah dengan kutipan AS$1.84 Billion. Menariknya ialah, kedua-dua filem hebat ini diarahkan oleh pengarah yang sama, James Cameron. Kutipan 'luar jangkaan' ini dipercayai dibantu oleh tayangkan dalam versi 3D selain versi biasa.

Ramai pengkritik filem sebenarnya terkejut dengan kemampuan Avatar memecahkan rekod dunia setelah melihat kos filem yang dianggap terlalu besar dan tidak masuk akal. Malah tidak terkejut jika anda pernah membaca di mana-mana laman pengkritik yang mengatakan Avatar hanya sebuah filem yang gagal dan bakal mengikut jejak langkah filem KingKong.

Tapi lihatlah hari ini, filem ini nyata menerima sambutan yang terlalu menggalakkan. Sentuhan James Cameron dengan teknologi CGI dalam membina Planet Pandora dan puak Navi ternyata terlalu hebat dan tidak melampau untuk mengatakan bahawa, James Cameron telah meletakkan satu penanda aras baru dalam teknologi masa depan di dalam bidang perfileman.

Malah, belum habis lagi tayangannya di seluruh dunia, James Cameron telah mengesahkan bahawa beliau akan menyambung sekual filem ini.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Avatar Catat Kutipan AS$1.85 Billion, Rekod Tertinggi Sepanjang Masa"

Post a Comment