Latest Posts

Saturday, February 13, 2010

hari ini


fkasdflasfa
read more...

Tuesday, February 2, 2010

Pengguna Facebook Kena Bayar Mulai Julai 2010 ? Pemilik Facebook Menafikannya..


 

Ini bukanlah berita baru sebenarnya. Malah ia telah berlarutan sejak tahun lepas lagi. Tetapi sejak kebelakangan ini, khabar angin ini makin bertiup kencang dikalangan pengguna-pengguna Facebook yang sudah menjangkau 350 juta ini.

Persoalan pertama, benarkah pengguna Facebook akan dikenakan bayaran tidak lama lagi ? Jawapan rasmi dari pihak Facebook melalui temubual oleh pihak telegraph.co.uk mengatakan tidak sama sekali. 'Pihak kami tidak mempunyai sebarang cadangan untuk mengenakan bayaran akses kepada pengguna setia Facebook' jelas pihak pengurusan Facebook ketika dihubungi.

Jadi, dari mana datangnya berita yang agak memeranjatkan ini ? Ada sumber yang mengatakan ia berasal dari satu email yang disebarkan di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akibatnya, ada pengguna Facebook yang memberikan reaksi balas dengan menubuhkan laman-laman khas di Facebook sebagai menentang bayaran yang kononnya akan dikenakan pada mereka nanti. Salah satu contoh laman tersebut dikenali sebagai TIDAK!!!SAYA X AKAN MEMBAYAR $3.99/SEBULAN KPD FACEBOOK MULAI 9 JULAI 2010 telah berjaya mengumpul kira-kira 34,000 peminat di Malaysia sahaja.

Oleh itu, terutamanya jika anda pengguna Facebook yang tegar, jangan risau, gunakan seperti biasa kerana tiada caj bakal dikenakan (sekurang-kurangnya untuk masa ini).

PS: Jangan lupa untuk sertai komuniti apesaje@Facebook :)


read more...

Avatar Catat Kutipan AS$1.85 Billion, Rekod Tertinggi Sepanjang Masa


Ingat lagi tidak pada 8/1/2010, pihak apesaje ada menerbitkan artikel yang mengatakan Filem Avatar berjaya mencatatkan kutipan AS$ 1.15 Billion untuk merampas tempat kedua kutipan tertinggi sepanjang masa daripada filem Dark Knight.

Isnin baru-baru ini , tidak sampai satu bulan pun, Avatar telah berjaya mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak AS$ 1.85 Billion, sekaligus memintas filem Titanic yang sebelum ini gah dengan kutipan AS$1.84 Billion. Menariknya ialah, kedua-dua filem hebat ini diarahkan oleh pengarah yang sama, James Cameron. Kutipan 'luar jangkaan' ini dipercayai dibantu oleh tayangkan dalam versi 3D selain versi biasa.

Ramai pengkritik filem sebenarnya terkejut dengan kemampuan Avatar memecahkan rekod dunia setelah melihat kos filem yang dianggap terlalu besar dan tidak masuk akal. Malah tidak terkejut jika anda pernah membaca di mana-mana laman pengkritik yang mengatakan Avatar hanya sebuah filem yang gagal dan bakal mengikut jejak langkah filem KingKong.

Tapi lihatlah hari ini, filem ini nyata menerima sambutan yang terlalu menggalakkan. Sentuhan James Cameron dengan teknologi CGI dalam membina Planet Pandora dan puak Navi ternyata terlalu hebat dan tidak melampau untuk mengatakan bahawa, James Cameron telah meletakkan satu penanda aras baru dalam teknologi masa depan di dalam bidang perfileman.

Malah, belum habis lagi tayangannya di seluruh dunia, James Cameron telah mengesahkan bahawa beliau akan menyambung sekual filem ini.


read more...

Tuesday, August 25, 2009

Segmen Istimewa Ramadan: SIAPAKAH DI SEBALIK NAMA ZULKARNAIN


Siapakah Di Sebalik Nama Zulkarnain..

Nampaknya Segmen Istimewa sempena dengan bulan Ramadan ini telah masuk ke SIRI 2: Bertanduk Dua ? .Dalam siri ini, persoalan nama Zulkarnain itu sendiri yang diselami maksudnya yang menurut para pengkaji sejarah dan juga ulama mengatakan nama tersebut membawa maksud 'Bertanduk Dua'

Apa yang dimaksudkan dengan bertanduk dua tersebut ?

Ada yang mengatakan keluasan empayar yang terbentang dari timur ke barat, tapi ramai yang bersetuju bertanduk dua tersebut merujuk kepada makhota yang dipakai oleh Zulkarnain yang mempunyai dua tanduk.

Jadi, Zulkarnain itu bukan satu nama ? Besar kemungkinan ia adalah satu gelaran yang merujuk kepada seorang pemimpin agung. Siapakah lelaki tersebut, ikuti kisah selanjutnya di http://www.apesaje.tk

read more...

Friday, August 21, 2009

Tahan Nafas Boleh Menyebabkan Kerosakan Otak ...


 


Tahan Nafas Boleh Menyebabkan Kerosakan Otak ..

Berdasarkan kajian saintifik baru-baru ini mendapati tindakan menahan nafas walaupun hanya untuk beberapa minit boleh menyebabkan kerosakan otak. Kumpulan saintis yang berjaya membuat penemuan tersebut mendedahkan kehadiran sejenis protein S100B yang meningkat semasa seseorang sedang menahan nafas.

Menurut mereka, Protein S100B merupakan penunjuk atau tanda kerosakan sel-sel otak sedang berlaku. Walaubagaimanapun, ia hanya sementara dan hilang selepas kembali bernafas seperti biasa.

Hasil penemuan ini ternyata membimbangkan para saintis terutamanya ke atas aktiviti sukan renang dan menyelam. Mereka yang aktif dalam kedua-dua aktiviti tersebut terdedah kepada risiko jangka masa panjang akibat kekurangan oksigen. Dalam kes ini, apabila seseorang perenang atau penyelam menahan nafas mereka, kortek otak (salah satu bahagian otak) akan mengalami kekurangan oksigen lalu berlaku satu keadaan yang dipanggil hypoxia yang adakalanya boleh membawa maut.

Dalam senario seseorang yang lemas, tetapi berjaya diselamatkan, ia tetap berpotensi tinggi menyebabkan sel otak untuk rosak dan tidak dapat dipulihkan untuk selama-lamanya.

Dalam sukan renang atau menyelam, sering kali ujian tahan nafas di dalam air dilakukan bagi meningkatkan kekuatan paru-paru. Oleh itu kajian yang lebih mendalam telah dilakukan ke atas 9 orang ahli renang profesional ( 8 lelaki dan 1 wanita) telah medapati;

>>Secara purata, mereka boleh menahan nafas selama 5 minit 35 saat. Paling lama ialah 6 minit 43 saat dan paling singkat ialah 4 minit 41 saat.

>>Tahap Protein S100B telah dikesan meningkat pada 7 dari 9 penyelam tersebut.

>>Sekumpulan perenang kawalan tidak menunjukkan sebarang perubahan pada aras Protein S100B.

>>Secara purata, S100B meningkat sebanyak 37 peratus selepas 10 minit penyelam menghentikan selamannya.

>>Tahap S100B kembali kepada normal selepas 2 jam.

>>Kesemua penyelam menunjukkan tanda-tanda asphyxia, di mana tahap oksigen di dalam darah menurun, dan tahap karbon dioksida meningkat.  



Peningkatan tahap Protein S100B telah mengesahkan lagi akan kerosakan sel-sel otak yang terjadi akibat menahan nafas. Walaubagaimanapun, tahap peningkatan masih jauh lebih rendah berbanding otak yang mengalami kecederaan akibat kemalangan dan trauma di mana peningkatannya biasanya melebihan ratusan peratus.


sumber:apesaje.tk, Journal of Applied Physiology, e Science News
read more...